Naughty Students

Sunday, April 8, 2012

Mana ada usaha, Situ ada kejayaan


Salam.... hai.. selamat berhujung minggu...
Wah.. ilmiah tak tajuk entry kali ni...
mana taknya hari ini aku gembira sangat...
selama 2 minggu berturut-turut kami semua berusaha..
daripada tidak tahu apa-apa (sifar ok..sifar)
sampailah semalam terbukti hasil usaha kami semua...

sepanjang 2 minggu menjalankan latihan nasyid
kesian betul anak-anak murid tercinta cikgu nadia
mana taknya.. ada yang kena katuk.. ada yang kena rotan..
tapi tak kuat pun budak-budak ni semua lagi suka ada la..
ok semua lelaki...
sekolah kami hantar pasukan nasyid lelaki..
yang paling penting
semua budak ni bawah penjagaan cikgu nadia..
bagi subjek Pendidikan Muzik (Tahun 5 Waja)

sesi latihan selepas waktu persekolahan...
budak-budak ni mana reti penat...
yang penat cikgu-cikgunya..
letih jugak jaga budak-budak lelaki 10 orang nih...

Kumpulan nasyid :
AT-TAQWA
SK PENGKALAN BAHARU

Inilah kumpulan nasyid bawah pimpinan cikgu Nadia & cikgu Noriza
serta bawah bimbingan Untaz Harith & Ustazah Hanum

Semangatkan budak-budak ni semua..
masa ini kami semua tengah kecut perut termasuklah cikgu-cikgunya
mana taknya... duk tunggu giliran... giliran kami no.5
yang pakai bulu-bulu kat songkok tu la tekong....
ada lagi sorang.. tapi tak ada masa ni sebab dia wakil sekolah
untuk pertandingan bercerita juga.

2 lagu dinyanyikan semalam iaitu :

1. Al-Quran menjana tranformasi ummah
Lirik & Muzik oleh : Ustaz Harith & Cikgu Nadia :)

2. Tunaikan Solat
Lirik & Muzik : Ustaz Harith, Ustazah Hanum & Cikgu Noriza


akhirnya saat yang dinanti-nantikan muncul...
.......
....
...
.

alhamdulillah akhirnya kami dapat tempat ketiga...
sepanjang 2 minggu latihan...
itu lah yang dikatakan
"Di mana ada usaha di situ ada kejayaan"
so kepada adik-adik yang bakal praktikum
selamat menjalankas tugas kamu semua..
buat sehabis baik... kalau tak tahu..
belajar .....dan jangan sesekali menolak sesuatu tugasan
yang diberikan oleh pihak sekolah....

so
i'm proud to be a teacher....:)

terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain..
yang turut membantu dalam kejayaan kumpulan kami...

Asyiqa Othman
yang menyumbangkan suara
&
Amirul Hakim
yang mengajar step main kogga
hanya dalam masa 30 minit..

paling penting kepada budak berdua ni....

kanak-kanak yang turut menyibukkan diri
sepanjang latihan dan hari pertandingan diadakan..
thanks hawa & anis
love both of u... muahhhh..

ok sekian terima kasih.... sambung buat RPH lagi.. daaa