Naughty Students

Monday, November 5, 2012

Dinner with G3 mentor 0_o

This is our last dinner as a G3 members with En. Mubin (Mentor yg kacak ok). 
Selepas ini kami semua akan berpisah dan menjalani hidup masing-masing
beserta tanggungjawab yang diamanahkan...
sedih kot... (5 tahun 1/2 bersama)
semua pahit.. manis... suka.. duka... benci..gembira..
dah bercampur.... harap-harap boleh berjumpa dan sama-sama buat gila lagi...:)
gambar-gambar ini adalah kenangan terakhir kami keluar dinner dengan mentor...
semoga menjadi kengan terindah buat kami semua..
(sedih la pulak.. adoi... cukuplah.. esok nak exam...)
good luck untuk kawan-kawan semua untuk last paper kita ok.. 
daaa
..
.
.













Friday, November 2, 2012

Perak > Kajang > Johor > Singapura (Part 2)

kembali semula..... :)
pejam celik-pejam celik tau-tau agak lama la juga blog ni terabai..
maklumlah tahun akhir.. macam-macam benda nak diselesaikan...
baru perasan tajuk entri ni dah tertunda agak lama
lebih sebulan juga la kan...
so malam yang tak berapa nak sibuk ni..
nak sambung entri yang tertunda sekian lama tuh...
tp nak tunjuk gambar sahaja..tak nak cakap panjang-panjang
 mood tengah malas untuk buat karangan kat sini...sebab baru sehari lepas
exam final year ...yang memerlukan penghasilan "karangan" yang berjela-jela .. hehe :)
so tangan dan jejari runcing yang cantik tanpa sebarang perhiasan ni 
perlu diberi rehat yang secukupnya untuk digunakan semula pada hari Isnin depan
final paper pulak yoooo 0_o

so.. sekadar memenuhi tajuk entri... 
jom kita intai-intai gambar comel ni ok :)











Wednesday, September 19, 2012

Perak -> Kajang -> Johor -> Singapore (Part 1)

Riak sungguh tajuk entry kali nih.. hahaha...
konon-konon jauh sangat la berjalan...
Padahal tak jauh mana pun...
Sekadar laluan adalah.. :)

Minggu lepas cuti 1 Malaysia..
so takda nak buat apa walaupun assignment tak siap..
aktiviti bersosial tetap menjadi pilihan..
maafkan saya Puan... naik cuti saya submit assignment lengkap yer.. 
hehehe...

Lepas je habis class.. terus kemas-kemas beg cabut balik kajang...
sampai kajang mengantok tau.. adoi... Zzzzzzzzzzz... 0_o

keesokkan harinya mulalah berjalan..
bukan la jalan sendiri... boleh gila jalan sorang-sorang kot ....
mestilah bergembira dengan abang dan kakak...
so seharianlah kami berjalan kat Johor untuk hari yang pertama....


with my lovely sister yg tak berapa nak sihat time nih... :)

Abang ku yang paling poyo.. hahah

tiba-tiba tengah merayap jumpa my old SEMTEG gf la pulak..
gossip-gossip sekejap lepas tu hai-hai dan bye-bye la kan... :) 




Sayalah Duta Armani tanpa gaji :P

ok sekian sahaja untuk part 1..
bila-bila free nanti baru sambung part 2 pulak.... :)
jom tidoooo... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz :P





Tuesday, September 4, 2012

Ketentuannya....


Segalanya telah ditentukan....
 kita manusia hanya mampu merancang... 
tetapi bukan setiap perancangan yang kita lakukan itu semuanya pasti berjaya..
setiap apa yang kita rasa juga ditentukan olehNYA..
kata daripada mulut tidak semestinya sama dengan kata yang terdetik dalam hati...

pesanan : 
Fikir dulu sebelum berbicara..
Terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak kata lepaslah semua.. 




Tuesday, August 7, 2012

IFTAR 2012

Masih belum terlambat lagi rasanya nak ucap 
Selamat Menyambut bulan Ramadhan 
dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 
kepada semua :)

agak lama juga tak merepek kat blog sendiri..
bukan malas tapi sibuk mengalahkan PM la katakan.. :P
(berangan nak jd PM la tuh )

ok... cukup-cukup.. bukan nak cerita semua tuh..
cuma nak cerita minggu lepas keluar berbuka dengan classmates..
makan nasi Arab tau... dekat restoran

paling seronok tanya pasal parking kereta,
 pelayan boleh jawab makan sini or buffet.. hahaha (sekali pak Arab la)
kompem la dia tak tahu kami tanya apa.... cuba la cakap London 
jawapan tetap sama.... 
"makan sini or buffet"
rasanya macam dua benda yang sama kan. 
( aktiviti dalam kereta gelak sakan dengan kawan-kawan )

yang pasti makanan kat sini sedap.. dan barang siapa yang ingin mencuba 
bolehlah ke Restoran MALIKA, SABA IPOH
dekat belakang Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) jer.











dah habis :)
lepas ni siapa pulak nak belanja berbuka... hehe


Saturday, May 12, 2012

Fever strikes again!!

ohh... rasa nak pengsan la sekarang...
masa-masa macam ni la
ko nak serang akukan...
katakan TAK NAK pada DEMAM...!!!!

tak boleh nak tolak kan...
tu la semalam bersungguh merayap sampai tak ingat rumah...
sekarang rasakan....
semua sakit-sakit....

macam mana nak start study nih...
ni betul-betul ke alasan nih.. hehehe :)
so untuk diri sendiri selamat berehat dan tengok buku je dulu...
baca bila dah sembuh ok... :)

sekadar hiasan secomel aku kot.. (toinkkkk perasan gila!)

Thursday, May 10, 2012

Relax before examination days.

salam... hai.. hai...
lamanya dah tak layan blog sendiri...
asyik tengok blog orang jer.... :)

ok.. sekarang dah habis praktikum...
tapi dah nak exam pulak..
adoi.. sakit la kepala den....
nak study pulun-pulun pulak...
sebab tiga bulan tak pegang buku-buku tu semua . hehehe

sebelum penat membaca...dan pengsan dalam bilik tuh...
hari ini aku dengan roomate amik angin dulu...
pergi jalan-jalan keliling ipoh...
dari Pejabat JPJ terus pergi JUSCO...
dalam hujan renyai-renyai kami buat gila pergi Kellie's Castle pulak...hehe... 

ok cerita dah habis... 
sekarang jom intai-intai gambar pulak...
tadaa......
:
:



time makan.... 
mengidam nak makan kek..
so apa lagi
secret recipe la jadi pilihan :P



memadangkan income tak banyak...
so window shopping je la kami hari ni..
ok.. bantal dan teddy bear ni sangat cool...
peluk memang tak mau lepas la....



" A friend is someone who reaches for your hand
and touches your heart "
cool kan ayat nih.. khas untuk semua kawan-kawan ku :)




dentinasi terakhir...
Kellie's Castle jadi pilihan...
disebabkan hujan renyai-renyai...
so kami jalan-jalan je la..
snap-snap beberapa picture lepas tu terus balik... :)

so agak-agak sekarang dah boleh start study kot...
boleh ker???? adoii.. nak tak nak harus paksa...
kalau tak.. pengsan la aku dekat dewan exam nanti...
good luck !!!!! jangan malas!!!! 
ok daaaaa :)


Sunday, April 8, 2012

Mana ada usaha, Situ ada kejayaan


Salam.... hai.. selamat berhujung minggu...
Wah.. ilmiah tak tajuk entry kali ni...
mana taknya hari ini aku gembira sangat...
selama 2 minggu berturut-turut kami semua berusaha..
daripada tidak tahu apa-apa (sifar ok..sifar)
sampailah semalam terbukti hasil usaha kami semua...

sepanjang 2 minggu menjalankan latihan nasyid
kesian betul anak-anak murid tercinta cikgu nadia
mana taknya.. ada yang kena katuk.. ada yang kena rotan..
tapi tak kuat pun budak-budak ni semua lagi suka ada la..
ok semua lelaki...
sekolah kami hantar pasukan nasyid lelaki..
yang paling penting
semua budak ni bawah penjagaan cikgu nadia..
bagi subjek Pendidikan Muzik (Tahun 5 Waja)

sesi latihan selepas waktu persekolahan...
budak-budak ni mana reti penat...
yang penat cikgu-cikgunya..
letih jugak jaga budak-budak lelaki 10 orang nih...

Kumpulan nasyid :
AT-TAQWA
SK PENGKALAN BAHARU

Inilah kumpulan nasyid bawah pimpinan cikgu Nadia & cikgu Noriza
serta bawah bimbingan Untaz Harith & Ustazah Hanum

Semangatkan budak-budak ni semua..
masa ini kami semua tengah kecut perut termasuklah cikgu-cikgunya
mana taknya... duk tunggu giliran... giliran kami no.5
yang pakai bulu-bulu kat songkok tu la tekong....
ada lagi sorang.. tapi tak ada masa ni sebab dia wakil sekolah
untuk pertandingan bercerita juga.

2 lagu dinyanyikan semalam iaitu :

1. Al-Quran menjana tranformasi ummah
Lirik & Muzik oleh : Ustaz Harith & Cikgu Nadia :)

2. Tunaikan Solat
Lirik & Muzik : Ustaz Harith, Ustazah Hanum & Cikgu Noriza


akhirnya saat yang dinanti-nantikan muncul...
.......
....
...
.

alhamdulillah akhirnya kami dapat tempat ketiga...
sepanjang 2 minggu latihan...
itu lah yang dikatakan
"Di mana ada usaha di situ ada kejayaan"
so kepada adik-adik yang bakal praktikum
selamat menjalankas tugas kamu semua..
buat sehabis baik... kalau tak tahu..
belajar .....dan jangan sesekali menolak sesuatu tugasan
yang diberikan oleh pihak sekolah....

so
i'm proud to be a teacher....:)

terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain..
yang turut membantu dalam kejayaan kumpulan kami...

Asyiqa Othman
yang menyumbangkan suara
&
Amirul Hakim
yang mengajar step main kogga
hanya dalam masa 30 minit..

paling penting kepada budak berdua ni....

kanak-kanak yang turut menyibukkan diri
sepanjang latihan dan hari pertandingan diadakan..
thanks hawa & anis
love both of u... muahhhh..

ok sekian terima kasih.... sambung buat RPH lagi.. daaa