Naughty Students

Thursday, July 28, 2011

setelah sekian lame.....

hollaaaa.....
fuhhh... rase ye agak lama dah tak mencemarkan
jejari runcing ku kat blog kesayangan nih...
cian sungguh.. terbiar je kan...
maklumlah bz dengan praktikum skrg....

actually banyak kali nak post entry baru...
tapi takda masa la kan..
mana tak yer.. hari2 kene ngajar sekarang nih...
bukan macam dulu2 tuh.. free jer....
tgok je laptop boleh post macam-macam...
loo nih sorry la ... tak tertype lansung....

heheh...
bukan nak cerita ape pun...
just nak share2 minggu praktikum ni jer....
dah 2x kene observe untuk subjek minor..
n hari ni baru sekali untuk subjek major....

mood : terumbang-ambinglah kan....
faham-faham la kan.. orang baru belajar.... :)
ok tu ja nak citer.. nak masuk class dah... daadaaaa.....

Monday, July 11, 2011

ada kala suka dan duka menjadi 1.

dalam sekelip mata sesuatu yang tidak disangka-sangka itu
menerpa diri kita...
kegembiraan ,, suka,, bahagia,,,
direntap sekelip mata...
bukan dipinta.. dan sama sekali bukan untuk menidakkannya..
ini semua ketentuan daripadaNYA.

kita perlu berusaha...
walau sehebat mana pun dugaan itu...
kita perlu tabah dan redha...
jangan sesekali cuba menyalahi sesuatu yang terjadi...

jadikan ianya satu panduan...
dan cari jalan untuk mengatasinya..
walaupun air mata sering membasahi pipi kita....
aku memohon petunjuk dan pertolongan daripadamu
ya ALLAH...


Thursday, July 7, 2011

2nd Practicum part 1

salam.. hai semua...
ok this week aku start practicum yg ke-2...
ceteka-ceteka apa nama sekolah aku kali ni...

SEK. KEB. PASUKAN POLIS HUTAN..
ha ni la sekolah ke-2 aku...
actually takda apa2 nak buat minggu ni....
serius la aku ckp... ada banyak perbezaan antara
sek 1st practicum akudengan sekolah ni...
aku try cuba adapt kan diri aku kat sekolah ni sebaik mungkin...
even banyak benda yang tak dapat nak diceritakan kat sini..

memadangkan aku tak da benda nak buat..
dah masuk hari nih pun aku still tak dapat class
so aku duk merayap je la kat sekolah nih..
untuk tinjau2 n tunggu time nak balik jer...



ha.. mmg kerja aku jenjalan je kan kat sekolah nih...
semua tempat aku snap picture..
mane tak yer dah habis bosan aku duk merayap jer...
takda yang menarik sangat la nak diceritakan
berkaitan keberadaan aku kat sekolah nih...
so.. doakan aku tabah menjalani
practicum ke-2 ni ye kengkawan semua....
daaaaa...

mood : sgt2 membosankan jiwa dan raga..... :P

Wednesday, July 6, 2011

Memohon keberkatanMU..

tahun ni merupakan tahun dugaan bagi kami sekeluarga.
setelah satu peristiwa berlaku... berlaku lagi satu peristiwa baru...
berikanlah kami sekeluarga kekuatan ya ALLAH..
hanya padaMu ku meminta dan memohon...

pelbagai rintangan yang perlu aku lalui...
memandangkan aku sedang menjalani proses praktikal 2...
aku tidak mempunyai kesempatan untuk bertemu keluarga..
walaupun jarak kami tidaklah terlalu jauh...
tp untuk pulang ke rumah masih tidak kesampaian...

ya ALLAH permudahkan la segala perjalanan hidupku....praktikal ku...
kembalikanlah kesempurnaan dan keceriaan dalam keluargaku..
peliharalah kedua ibu bapaku....dah berikanlah kesihatan yang baik untuk mereka berdua
permudahkan lah segala perancangan mereka pada tahun ini...AMIN..

mood : sedih