Naughty Students

Friday, January 7, 2011

Bukan sekadar pengajaran diri, tapi baik untuk semua..

salam...
ok hari nih aku dapat pengajaran yang sungguh bermakna...
benda ni lebih baik kalau dikongsi bersama...
so aku decide untuk share kat blog aku.....
aku jumpe artikel ni pun dekat satu blog time aku sedang blogwalking :)...

Kisah benar ini berlaku di US
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam....
perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.
Lebih-lebih lagi dia berjalan bersendirian.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki...
(kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah...
..berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.
Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar,
dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya,
wanita ini terbaca dalam akhbar,
seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan,
polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga
kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan
(sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu
walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone.
That night I sawtwo young man walking with you.
One on your right side and the other one
was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak.
Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu,
sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya
menurutsegala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat
yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

p/s : pedoman untuk diri sendiri...

5 comments:

  1. Oh awak!
    Nak tekan like 20juta kali!

    Serious ke ni?
    Best gila cerita ni.

    And oh pasal shawal things tu. Erm maybe nama blog tu "lensarosak" kut. Ada ramai lagi.
    Start google it. :)

    ReplyDelete
  2. mr.Swift...
    hahaha.. tekan lah..... :P
    oh i'm not sure lah cerita nih betul ke tak...
    rasa yer mcm betul....
    sumber boleh dipercayai lah kan...
    oh thanks ek...
    apa lagi cik google cepat berfungsi.. huhuu:)

    ReplyDelete
  3. Islam terindah...
    err, salam kenal, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..
    begi allah menjaga khormatan kita,
    btapa kita disayangi Dia, harap2 kita
    sdar akn ksih syg tu :)


    Teratak usang:
    http://www.ahsfantasy24.com/

    ReplyDelete
  5. wahida :
    islam mmg sgt indah.....
    kita sgt2 beruntung :)

    ahsfantasy24:
    betul2.....
    so kita kne lah sentiasa igt padaNya..

    ReplyDelete